AJARAN AGAMA TENTANG PERKAWINAN
Ahmadsains.com-Bersetubuh adalah hubungan paling erat antara lelaki
dan wanita. Sebuah persetubuhan hanya boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita
yang terikat dalam pernikahan. Jika tidak, maka itu adalah zina.
Dalam ikatan pernikahan pun,
tindakan bersetubuh harus dilakukan sesuai dengan ajaran agama. Tentu saja anda
harus mengetahui bagaimana cara bersetubuh dalam Islam dan menjalankannya.
Merayu Dan Bercumbu.
Nabi Muhammad s.a.w. melarang
suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan
dan bercumbu terlebih dahulu.(Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir).
Telanjang Bulat.
Apabila diantara kamu mencampuri
isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya
(suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.(Hadits Riwayat Tabrani).
Menyetubuhi Dubur.
Terkutuklah orang yang
menyetubuhi isteri diduburnya.(Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu
Hurairah).
DOA SEBELUM BERSETUBUH
“Bismillah. Allaahumma
jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa”.
Dengan nama Allah. Ya Allah,
jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaithan serta jauhkan pula
syaithan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.
Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a.
berkata:
Maka sesungguhnya apabila
ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu,
tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya. (Hadits Sahih Riwayat Bukhari
dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a).
Hampir Keluar Mani.
Dan apabila air manimu hampir
keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini:
“Alhamdulillaahil ladzii khalaqa
minal maa’i basyara”.
Segala pujian hanya untuk Allah
yang menciptakan manusia dari pada air.
Putus Ditengah Jalan.
Apabila seseorang diantara kamu
bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu
sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau
mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat
atau mencapai kepuasan).
– Hadits Riwayat Ibnu Addi.
Mendatangi Isteri Melalui
Belakang (ISTERI MENUNGGING).
Dari Jabir b. Abdulah berkata:
Bahwa orang-orang Yahudi
(beranggapan) berkata:
Apabila seseorang menyetubuhi
isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan
menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian:
“Isteri-isteri kamu adalah ladang
bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai.”-
Surah Al Baqarah – ayat 223.
Keterangan:
Suami diperbolehkan menyetubuhi
isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb
asalkan dilubang faraj).
Bersetubuh Mendapat Pahala.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dan apabila engkau menyetubuhi
isterimu, engkau mendapat pahala”.
Para sahabat bertanya,
Wahai Rasulullah, adakah
seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?
Nabi menjawab:
Bukankah kalau ia meletakkan
(syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa?
Demikian pula kalau ia meletakkan
(syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala.(Hadits Riwayat
Muslim?
Mengulangi Persetubuhan.
Apabila diantara kamu telah
mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka
hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu. ( Hadits Riwayat Baihaqi).
Haid.
Mereka menanyakan kepada engkau
tentang perkara Haid.
Katakanlah: “Haid itu adalah
kotoran”.
Oleh kerana itu jauhilah diri
kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati
(menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.
Apabila mereka telah bersuci maka
bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu.
Sesungguhnya Allah itu menyukai
orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan
dirinya.- Surah Al Baqarah – ayat 222.
*Jangan mendekati bermaksud
dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah
dilarang mempergaulinya sehari-hari.
Asalkan Tidak Bersetubuh.
Dari Masruuq b.Ajda’i berkata:
Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah
tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang
sedang Haid.
‘Aisyah menjawab:
Apa saja boleh, kecuali
kemaluannya (bersetubuh).
Masa berjimak untuk mendapatkan
Zuriat Sempurna.
Sabda Rasullah SAW:
“Wahai Ali! Peliharalah wasiatku
ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”
1. Jangan berjimak di bawah pohon
kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang
sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan
dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka
menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri
sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada
pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda
pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir
bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka
meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat
terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan
menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat
kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan
isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi
seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan
isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak
ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan
isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang
zalim.
10. Jangan berjimak dengan
isterimu pada awal malam (sebelum isyak).
Jika allah mengurniakan anak ia akan
menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada
akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh
dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia
akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan
azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau
harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat,
berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim
di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah
langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga
ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya
keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah
mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika
Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan
alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak
yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang
terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari
syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan
selama-lamanya.
Kesuburan Wanita.
Menentukan Kesuburan Wanita – Mengelakkan
Kehamilan dengan mengetahui pusingan kitar haid wanita
Wanita menjadi subur sebaik
sahaja mencapai akil baligh, iaitu apabila haid pertamanya keluar. Secara
purata, kanak-kanak perempuan di Malaysia mencapai akil baligh dalam lingkungan
12 tahun.
Tempoh kesuburan berlangsung
sehingga usia wanita dalam lingkungan 48 tahun iaitu apabila berlaku putus
haid. Dalam jangka masa 36 tahun waktu suburnya itu, wanita akan mengalami
beberapa kali kehamilan dan kelahiran sekiranya dia berumahtangga.
Setiap wanita yang ingin hamil
mestilah subur iaitu dia berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih
perempuan hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang
tertentu sahaja.
Oleh sebab itulah, apabila wanita
yang setelah sekian lama mendirikan rumahtangga tetapi masih belum mempunyai
anak, harus diperiksa kesuburannya dengan melakukan beberapa ujian dan
pemeriksaan tertentu. Ujian dan pemeriksaan ini adalah unutk menentukan
pengeluaran benihnya sama ada normal ataupun tidak.
Terdapat beberapa cara bagi
menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah benih
itu keluar. Waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau fertile
period. Persetubuhan perlu dilakukan pada waktu ini untuk menjayakan kehamilan,
atau jauhkan waktu ini untuk mengelakkan kehamilan. Ada beberapa cara untuk
menentukan kesuburan wanita:
Pusingan Haid
Wanita yang mempunyai pusingan
haid teratur setiap bulan biasanya subur. Pengeluaran benih ini berlaku pada
hari ke-13 atau 14 dikira dari hari pertama keluar darah haid.
Satu pusingan haid dikira dari
hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Satu
pusingan ini biasanya meliputi jangka masa 28 hari hingga 30 hari.
Adalah penting bagi setiap wanita
yang inginkan anak mencatat tarikh bagi keluaran haid dalam satu buku kecil
yang mengandungi carta suhu badan. Buku ini boleh didapati di klinik Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluara Negara (LPPKN).
Ada beberapa tanda yang berlaku
pada waktu pengeluaran benih seperti rasa sakit atau senak di bahagian bawah
perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir
ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya
seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk
menjadi lebih kesat dan pekat.
Catatan Suhu Badan
Setiap wanita yang ingin
meningkatkan kesuburan perlu mencatatkan suhu badannya dalam satu carta khas
yang boleh didapati di klinik LPPKN. Suhu badan perlu disukat dengan
mengggunakan jangka suhu khas yang digelar ovulation thermometer. Alat clinical
thermometer yang biasa digunakan untuk menyukat suhu badan tidak sesuai untuk
tujuan ini.
Suhu badan perlu disukat sebaik
sahaja bangun tidur tetapi sebelum meninggalkan tempat tidurnya untuk memberus
gigi dan mandi.
Jangka suhu perlu disediakan pada
malam sebelumnya, iaitu dengan menggoncangkan supaya tanda raksa turun ke paras
paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, jangka suhu dimasukkan ke
dalam mulut selama dua atau tiga minit. Sukatan suhu badan kemudian dicatatkan
pada carta khas dan ini patut dibuat tiap-tiap hari melainkan pada hari wanita
itu dalam haid. Satu muka carta baru digunakan bagi pusingan haid yang
berikutnya.
Carta suhu badan ini memberi
maklumat penting kepada doktor dan jururawat. Ia akan menunjukkan sama ada
wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bila benih itu keluar. Biasanya
suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian
ia meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan
berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Jika bentuk ini tidak
kelihatan pada carta, mungkin ini menandakan wanita tersebut tidak mengeluarkan
benih dan seterusnya dia tidak boleh hamil.
Sekian Wasallam.
Ahmadsains.com- Semoga Informasi ini menambah wawasan dan pengetahuan kita tentang ajaran agama.
AJARAN AGAMA TENTANG PERKAWINAN
4/
5
Oleh
Ahmad